Rabu, 26 Disember 2012

TIPS BELAJAR BAHASA ARAB


Ramai di kalangan kita pernah belajar Bahasa Arab samada secara rasmi ataupun tidak. Walaubagaimanapun kebanyakan mereka masih ada yang mengeluh menyatakan belum dapat menguasai kemahiran Bahasa Arab.


Ada juga yang bertanya “Apakah rahsia untuk mahir berkomunikasi dalam Bahasa Arab? Apakah tips mudah untuk menguasai bahasa Nabi ini? Apakah teknik mudah untuk memahami dan mendalami bahasa ini dengan mudah? Berapa lama pula masa yang diperlukan?”Sehubungan itu, penulis inigin mengajak para pembaca untuk sama-sama berkongsi pengalaman bagaimana kita boleh meningkatkan kemahiran berbahasa Arab. 

Secara umumnya, jika kita tahu cara dan teknik yang betul dan sesuai untuk mahir dalam bahasa Al-Quran, ia adalah sangat mudah. Pendekatan teknik mudah inilah yang jarang didedahkan kepada para pelajar. Dalam hal ini, kita memiliki banyak kelebihan anugerah Allah yang kita tidak manfaatkan secara maksima. 


Konsep Panggilan Mesra 


Dalam komunikasi berkesan kita digalakkan menyebut nama, gelaran atau pangkat seseorang. Dalam Al-Quran, perkataan ya… (seruan yang bermakna wahai…) disebut sebanyak 361 kali. Sehubungan itu kita boleh mulakan dengan panggilan mesra atau panggilan mesra diletakkan di awal atau di hujung percakapan. 
Terdapat dua faedah utama yang boleh kita peroleh sekiranya kita menggunakan konsep ini. Faedah pertama kita dapat membanyakkan atau memanjangkan ayat yang kita bina. Faedah kedua pula dapat mengeratkan hubungan komunikasi antara kita dan orang yang kita hubungi. 
Contoh Pecahan & Terbitan Asal Perkataan.
Setiap perkataan arab mempunyai keluarganya masing-masing iaitu setiap satu asal perkataan boleh beranak-pinak menjadi dan membentuk perkataan yang lain.
Contohnya cuba lihat jadual dibawah: -


Banyak lagi panduan untuk kita pelajari.

klik 






Isnin, 24 Disember 2012


Makluman تنبيه هام
Assalamualaikum,wbt..

Ini adalah salah satu contoh yang berkaitan penggunaan bahasa arab....



أولئك (itu)

Perkara ini dikira jamak kepada ذلك. Ramai yang salah terjemah perkataan dengan makna 'mereka'. Cukup dengan makna 'itu' atau disebut dalam bahasa Inggeris 'those'


2...رب (tuhan)
Iaitu tuhan yang mencipta, menjaga dan memberi rezeki.Tuhan disembah pula disebut إله. Semua perkataan ini merujuk kepada Allah.



3...المفلحون (orang-orang berjaya)

Kata nama empunya perbuatan اسم الفاعل ini berasal daripada perbuatan أَفْلَحَ - يُفْلِح iaitu bermakna 'berjaya'. Kata terbitannya ialah الفَلَاح bermakna 'kejayaan'. Sering kita dengar dalam azan : حي على الفلاح

Kita memang boleh menguasai bahasa arab ini dengan fasih jika belajar.

Namun adakah kita mempunyai cukup masa untuk belajar dalam kelas atau mencari guru bahasa arab.

Ini yang menjadi masalah kepada kita semua.

SOALNYA :...."KALAU ADA CARA BAGAIMANA UNTUK BELJAR DENGAN MUDAH,CEPAT,MURAH,MESTI AKU CARI"...

Inilah persoalan yang sering bermain difikiran anda untuk mengatasi masalah tadi...

Boleh.....camner ?..

Kami sediakannya di SINI

BELAJAR BAHASA ARAB TERUS DARI SURAH AL BAQARAH